Cat dalam & luar rumah · KL & Selangor

Cat rumah landed.Cantik dalam & luar.

Teres, semi-D atau banglo. Nak cat satu bahagian atau seluruh rumah? Kami bantu.

Minta quotation

Hantar gambar dulu. Tak perlu ukur sendiri.

Ilustrasi rumah teres dua tingkat berwarna putih dan teal, dengan sapuan cat kuning dan penggelek

21 tahunpengalaman kerja cat

Nak cat dalam atau luar rumah?

Untuk satu ruang, satu bahagian atau seluruh rumah.

Dinding bilik bertekstur hijau kebiruan daripada arkib Zoy

Cat dalam rumah

Warna baharu. Rumah rasa baharu.

Segarkan dinding ruang tamu, ruang makan dan bilik tidur. Rumah kosong atau masih berperabot, boleh bincang.

  • Satu ruang atau seluruh rumah
  • Cat semula atau tukar warna
  • Siling dan pintu boleh ditambah
Tanya cat dalaman
Kemasan luaran kediaman berwarna oker daripada arkib Zoy

Cat luar rumah

Bagi rumah wajah baharu.

Cat bahagian hadapan, sisi, belakang atau seluruh keliling rumah. Kami semak keadaan dinding dan akses sebelum mula.

  • Teres, semi-D dan banglo
  • Satu bahagian atau seluruh luar rumah
  • Pagar dan grill atas permintaan
Tanya cat luaran

Cat ikut bajet.
Warna ikut anda.

Kami bantu pilih jenis cat mengikut permukaan, gaya dan bajet anda.

Cat Biasa

Masih bagus untuk segarkan rumah dengan bajet lebih jimat. Tapi lama-kelamaan, warna boleh pudar dan permukaan boleh berkapur atau berhabuk. Ketahanan ikut jenis cat dan keadaan dinding.

Cat Premium

Nak yang lebih tahan lama dan senang jaga? Cat Premium pilihan terbaik. Pilih kemasan yang lebih tahan pudar, kurang berkapur dan mudah dicuci.

Ketahanan air ikut jenis cat. Boleh dicuci tak semestinya kalis air. Kalau dinding bocor atau lembap, kena baiki puncanya dulu. Dah ada cat sendiri? Boleh bincang upah sahaja.

Jenama cat yang kami gunakan

Nippon PaintJotunKCCDuluxSissons

Bukan cat biasa-biasa.

Dari warna dinding hingga feature wall. Pilih gaya yang sesuai dengan rumah anda.

Galeri
Kerja mengecat bahagian tinggi dinding luarKemasan dinding geometri kelabu hijau dan putih
Ilustrasi mengecat rumah dengan perabot dilindungi

Ada perabot?
Boleh cat juga.

Tak perlu tunggu rumah kosong. Hantar gambar ruang, kami bantu rancang susunan kerja.

  • Alih & lindungi barang ikut keperluan.
  • Caj perabot disahkan sebelum kerja.
  • Bahagian yang dicat dipersetujui dahulu.
Bincang dengan kami

Rumah lain, keperluan pun lain.

Teres

Lot tengah, end lot atau corner lot. Beritahu bahagian yang nak dicat.

Semi-D & banglo

Lebih banyak dinding luar. Kongsi gambar setiap bahagian untuk semakan.

Satu atau dua tingkat

Bahagian tinggi dan ruang tepi rumah menentukan keperluan akses kerja.

Nak quotation? Senang je.

Pakej ikut jenis rumah dan skop kerja. Mula dengan gambar.

  1. Hantar gambar

    Kongsi lokasi dan bahagian yang nak dicat.

  2. Semak quotation

    Pilih cat. Semak skop, bahan dan upah.

  3. Set tarikh

    Setuju harga, pilih slot yang sesuai.

Anggaran biasa 2–3 hari, bergantung pada saiz, keadaan dinding dan cuaca untuk kerja luar.

Soalan lazim

Soalan tentang cat rumah landed.

Masih ada soalan tentang rumah anda? Bincang dengan kami.

Boleh cat luar rumah sahaja?

Boleh. Pilih dinding hadapan, sisi, belakang atau seluruh keliling rumah. Kongsi gambar bahagian yang nak dicat untuk quotation.

Rumah masih ada perabot. Boleh cat?

Boleh dibincangkan. Hantar gambar ruang supaya kami boleh semak susunan kerja, urusan alih dan perlindungan barang. Caj tambahan dijelaskan dalam quotation.

Apa perlu dibuat jika cat mengelupas atau ada kesan air?

Hantar gambar dekat untuk semakan keadaan dinding. Punca kebocoran perlu ditangani sebelum mengecat. Kerja pembaikan dan persediaan permukaan dinyatakan mengikut skop yang dipersetujui.

Siling, pintu, pagar dan grill termasuk sekali?

Nyatakan bahagian tambahan yang anda mahu. Siling, pintu, pagar dan grill hanya termasuk jika disenaraikan dalam quotation.

Boleh guna cat pilihan saya?

Boleh dibincangkan. Beritahu jenama, produk dan warna supaya kesesuaian serta kuantiti dapat disemak.

Berapa lama kerja cat rumah mengambil masa?

Anggaran biasa ialah 2–3 hari, bergantung pada saiz, keadaan dinding dan skop kerja. Akses ke bahagian tinggi dan cuaca boleh mempengaruhi kerja luar. Tempoh sebenar disahkan selepas semakan.

Kuala Lumpur & Selangor

Jom cat rumah anda.

Hantar jenis rumah, lokasi dan gambar bahagian yang nak dicat.

Telefon kamiWhatsApp